McCree dari Overwatch kini ditukar nama Cole Cassidy

McCree dari Overwatch kini akan digelar Cole Cassidy.

Pembangun Overwatch Blizzard sudah membuat pengumuman ini dua hari lepas.

Overwatch pula menukar beberapa penceritaan dan memberitahu bahawa nama sebenar McCree adalah Cole Cassidy.

Penukaran nama ini adalah disebabkan nama asal Jesse McCree adalah salah seorang dari bekas pekerja Blizzard yang mempunyai kontroversi besar dan terbabit dengan perjumpaan Cosby Suite.

McCree (bekas pekerja) meninggalkan Blizzard pada Ogos lepas akibat masalah yang kian muncul dan terjadi kepada Activision Blizzard.

McCree adalah salah seorang yang terlibat dengan beberapa kes berprofil tinggi di Activision Blizzard.

RELATED NEWS

+