MCPS S4: “Jangan ‘happy’ sangat Tanamo, liga masih panjang,” – Bayet

Susulan kenyataan ketua pasukan AV Radicals, Tanamo yang mencabar komposisi pasukan Farang sekiranya bertemu dalam permainan, pihak pasukan Farang Free Fire tampak tidak cepat melatah dengan perkara itu.

Ketua pasukan Farang, Bayet berkata pasukannya tidak terkesan langsung dengan kata-kata itu. Malah, sempat memberikan kata-kata sinis terhadap pasukan AV Radicals.

“Mereka tak perlu suka sangat di liga, kerana liga masih berbaki dua minggu sebelum Grand Final,” komen Bayet kepada MyGameOn.

Sementara itu, dia juga sempat bergurau berkenaan AV Radicals yang ingin ‘melanggar’ pasukannya di Mill sekiranya ‘zon biru’ berada di situ.

“Mereka ingin turun di Mill?, kami alu-alukan tetamu. Tapi jangan tanya kenapa ‘balik awal’,” tambahnya.

Gaya permainan Farang dilihat positif dalam beberapa siri di minggu kedua MCPS Majors musim keempat. Hal itu disebabkan kemasukan Jezbu iaitu pemain rusher  bagi Farang yang menjadikan pasukan itu lebih agresif.

“Jezbu main di minggu kedua, itu adalah salah satu taktikal pasukan yang ingin mengikut suasana liga ini,” ujarnya berkenaan isu ketiadaan Jezbu di minggu pertama.

Tambahan lagi, hal ini memberi satu suntikan motivasi buat pasukan kerana dia dan pasukannya lebih berani mengambil pertarungan sama ada awal mahupun di hujung permainan.

Ketika disoal berkaitan lima pasukan yang ingin disatukan dalam kumpulan pada minggu ketiga, Bayet hanya mengharapkan pasukan di muka surat kedua carta keseluruhan seperti Todak, Noxscape Revolt, ORV X-Men, dan NSEA. 

“Kami harapkan pasukan ini berada dalam kumpulan kami kerana mampu meraih lebih mata, tapi kami tetap akan tunggu AV Radicals!,” akhirinya.

RELATED NEWS

+