MCPS: Scouter meta yang diterapkan hampir semua pasukan di Grand Final

Taktikal semasa paling efektif (Meta) adalah suatu pendekatan yang dilakukan bagi pasukan yang ingin menjadi terbaik antara yang terbaik. Grand Final Kejohanan MCPS Majors musim keempat memperlihatkan beberapa pasukan memanfaatkan scouter sebagai satu posisi penting.

Selepas beberapa pembaharuan dalam permainan dihadirkan oleh pihak pembangun Garena Free Fire, suasana permainan sudah berubah selepas wujud Revival Point dan Vending Machines.

Posisi scouter terus menjadi suatu yang relevan di awal permainan kerana pemain itu boleh menghidupkan kembali ahli pasukan seterusnya menjadikan permainan lebih berintensiti tinggi dengan gaya merusuh.

Pada edisi kali ini, pasukan lebih memilih bulatan zon permainan sebagai titik pertahanan. Hal ini dapat dimanfaatkan dengan kehadiran scouter yang akan memastikan koordinasi pergerakan pasukan dari satu kawasan ke satu kawasan dengan lebih selamat.

Tambahan lagi, beberapa pasukan seperti Todak, Farang dan Pando EWG kerap melakukan hal sedemikian kerana dapat meluaskan kawasan untuk mencari kelengkapan dan sudut pandang yang lebih jelas sebelum bergerak.

Kelebihan meletakkan pemain di posisi lebih jauh bukan sahaja dapat memanfaatkan sistem Revival, malah dapat mencuri mata singkir daripada kawasan mendarat pasukan lawan.

Walau bagaimanapun, implikasi gaya permainan ini adalah tiga ahli pasukan lain akan menghadapi kesukaran daripada segi komposisi bilangan pemain ketika bertempur. Hal ini boleh memakan diri jika scouter itu kekurangan kelengkapan tempur dan Vending Machines Coins.

RELATED NEWS

+