MEC: “Leixia tak main sebab rehat, ada urusan keluarga,” – Kuja

Kuala Lumpur: Pemain jungler Team Caracal, Ali Huzaify atau Leixia tidak bermain untuk kejohanan Malaysia Esports Championship kerana sedang berehat dan memfokuskan pada urusan keluarga.

Jurulatihnya, Ajwad Mohd Yusof (Kuja) mengatakan Mohd Hadim (LinkEzaa) diambil sebagai ganti.

Lineup untuk MEC ini agak last minute sebab Leixia mempunyai urusan keluarga dan kami perlukan pemain yang boleh bagi komitmen dengan cepat.

“Alhamdulillah LinkEzaa tidak terikat dengan mana-mana pasukan jadi dia masuk ke Team Caracal,” katanya ketika ditemui di KL Gateway Mall, di sini, hari ini.

Malah, katanya, Leixia juga kurang latihan bersama pasukan kerana perlu fokus urusan keluarga.

Team Caracal akan lawan HomeBois dalam perlawanan grand final MLBB hari ini.

MEC 2021/2022 mempertandingkan empat e-sukan iaitu Dota 2, MLBB, PUBG Mobile dan FIFA. Ia menerima lebih 12,000 penyertaan yang diterima menerusi empat permainan ini.

Kejohanan ini berlangsung sejak semalam hingga esok, mengumpulkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Difahamkan, Team Caracal dan Mikey sudah layak ke 8 teratas di pusingan kelayakan Liga Profesional MLBB (MPL) MY S9 selepas berjaya mendapat tempat empat teratas.

Foto: Instagram @team_caracal

RELATED NEWS

+