Mecha Break adalah permainan video co-op aksi mecha yang memerlukan anda dan pasukan untuk mengalahkan musuh atau mengikut objektif misi.
Permainan ini banyak mengambil inspirasi dari Armored Core, Gundam dan Zone of the Enders di mana cara berlawan yang sangat pantas dan penuh kucar-kacir.
Mecha Break juga memberikan anda kebebasan untuk mereka karakter juruterbang anda sendiri dengan pelbagai jenis tetapan.
Dari rupa bentuk kepala, rambut, saiz bentuk badan dan sekecil-kecil sudut kening, hidung dan mulut juga boleh diubah.
Setiap mecha yang ada mempunyai kelebihan dan skill masing-masing.
Anda juga bebas untuk ubah mecha anda menjadi lebih cantik di sambing menaiktaraf keupayaan mecha anda.
Penceritaan dalam Mecha Break adalah di mana satu malapetaka besar yang digelar “The Catastrophe” berlaku disebabkan gempa bumi, letusan gunung berapi, dan kemunculan bahan baru yang digelar Eruptive Inorganic Carbide.
Jangan lupa cuba Mecha Break di Steam yang kini dalam fasa beta.
Mecha Break akan dilancarkan di platform PlayStation 5, Xbox Series X dan Series S, Microsoft Windows.