Mega Man X DiVE bakal tiba buat pemain Asia Tenggara di Steam bulan ini

Francais Mega Man kini di dalam limbo walaupun selepas Mega Man 11 dilancarkan dan pelbagai port moden bagi permainan mereka yang lain. Mega Man X DiVE ini merupakan tajuk terbaru yang dilancarkan bagi francais ini, namun ianya hanya permainan mudah alih.

Penantian kini hampir berakhir, apabila secara senyap Mega Man X DiVE telah di-port ke Steam dan buat masa ini hanya beberapa negara yang akan mendapat akses. Negara-negara itu adalah, Taiwan, Hong Kong, Macau, Thailand, Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Kemboja dan India.

Dilancarkan pada 2019, permainan ini boleh dimuat turun secara percuma di Android dan iOS. Permainan ini menampilkan corak permainan klasik run-and-gun daripada siri Mega Man X, dengan eleman gacha untuk pemain membuka karakter kegemaran dan senjata berkuasa.

Mega Man X DiVE dihasilkan oleh Capcom Taiwan, dan juga yang menguruskan port PC terbaru ini. Capcom Taiwan juga mengumumkan  terdapat empat server yang tersedia untuk pemain daftar masuk untuk versi PC iaitu Region 1 X, Region 2 Zero, Region 3 Axel dan Region 4 Vile.

Mega Man X DiVE akan dilancarkan untuk PC di dalam bulan ini, melalui Steam.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI. 

RELATED NEWS

+