Megatron Rainfall – Permainan Video Aksi Superhero Akan Hadir Ke Switch Pada 9 Ogos

Pentadimensional Games mengumumkan Megaton Rainfall, sebuah permainan video bergenre aksi superhero yang sebelum ini dilancarkan di PS4 (dengan sokongan VR) dan Steam kini akan hadir juga ke Nintendo Switch pada 9 Ogos ini!

Penjajahan makhluk asing sedang berlaku dan harapan terletak pada korang sepenuhnya. Korang perlu pilih untuk menghentikan serangan mereka dengan mengembara seluruh bumi dengan kelajuan tak disangka. Bagi mengelakkan apa-apa berlaku, korang perlu musnahkan peranti alien ini tapi kerana kuasa korang terlalu kuat, mungkin ada kemusnahan lain tak dijangkakan.

“Anda tak boleh dimusnahkan dalam permainan ini, tapi bandar ini mempunyai bar nyawa dan setiap kali anda membunuh manusia, memusnahkan bangunan sekitar, bar itu akan turun dan ia akan membawakan kepada game over,” kata pembangun, Alfonso Del Cerro.

Jom saksikan video gameplay di bawah:

RELATED NEWS

+