“Memang sasar nak layak ke M3” – Daddy Hood

“Kita tidur sama-sama, makan sama-sama. Bonding saya dengan pasukan lebih dari 100%,” itu kata NurEddy Nursal atau Daddy Hood, pemilik pasukan HomeBois.

Dalam satu temubual pasca perlawanan HomeBois lawan RSG MY dalam MPL MY S8 sebentar tadi, Daddy Hood juga menyatakan sebab kenapa HomeBois boleh menang perlawanan itu.

“Fokus kekuatan. kita jatuh macam mana pun kena fokus kekuatan. Jangan diselubungi kekuatan musuh. Jadi mereka terus lawan tak pandang rendah RSG sebab tahu mereka kuat.

“Di game kedua, mereka lakukan yang lebih baik,” katanya.

Daddy berkata, ahli pasukan HomeBois juga menunjukkan kematangan dalam perlawanan dengan mengutamakan disiplin. Mereka menang 2-0 sebentar tadi.

“Hari-hari sama dengan mereka jadi mesti mereka taknak kecewakan. Dalam perlawanan kali ini mereka agak berdisiplin. 

“Lagipun boleh kata jarang ada masalah dalaman. Dalam game saja biasanya. Lepas game, kita banyak cerita tentang kehidupan, lupakan game yang kalah.

“Memang sasaran tahun ini nak pergi M3,” katanya.

Daddy juga mengharapkan peminat di luar sana mendoakan kesihatan ibu Leixia kembali pulih seperti sediakala.

RELATED NEWS

+