Meng Ya hero marksman baru Honor of Kings akan datang 19 Oktober nanti!
Hero ini mampu untuk membuat damage berterusan yang sentiasa mengganggu hero musuh.
Skill Meng Ya
Pasif: Trigger- Happy
Bagi setiap 5% attack speed Meng Ya naik, cooldown reduction akan dinaikkan sebanyak 1%.
Setiap Basic Attack akan memberikan Meng Ya 5 rage points (10 ketika critical).
Ketika meter rage sudah penuh, Meng Ya akan mendapat cooldown reduction untuk Skill 1 dan Skill 2 sebanyak 50%. Dia juga akan mendapat health.
Skill 1
Meng Ya akan terus menembak (memerlukan skill ditekan lama) selama 5 saat di arah lurus ke depan.
Setiap peluru akan membuat physical damage dan anda masih boleh bergerak ketika ini.
Meter Rage Meng Ya akan menaik untuk setiap peluru yang mengena.
Dalam mode Trigger-Happy, setiap peluru akan mempunyai armor pierce dan 50% damage ke musuh dibelakang.
Skill 2
Meng Ya akan menembak satu peluru besar kehadapan dan memperlahankan musuh selama 2 saat.
Jika terkena musuh, dinding terrain atau penghujung jarak peluru; peluru tersebut akan berpecah dan mengeluarkan 5 peluru kecil.
Musuh boleh terkena lebih dari satu peluru kecil.
Dalam mod Trigger-Happy jumlah peluru kecil akan bertambah menjadi 9.
Ultimate:
Meng Ya akan membuat satu imbasan besar di map yang boleh mengambil masa 3 saat.
Ketika ini Meng Ya akan mendapat 50% movement speed tambahan.
Bagi musuh yang telah diimbas, satu peluru misil akan keluar terus ke musuh (musuh akan menerima 50% damage jika terkena lebih dari 1 misil).
10 Rage juga akan diberikan kepada Meng Ya.
Meng Ya akan terus menembak misil dalam durasi 8 saat.
Dalam mod Trigger-Happy, misil-misil tersebut akan keluar dengan lebih cepat.
Meng Ya akan dilancarkan di HOK pada 19 Oktober ini! Seperti biasa Meng Ya akan boleh dibeli menggunakan token atau starstones. Adakah Meng Ya bakal mengubah meta marksman?