Mengapa Todak pilih Miya? Ini jawapan jurulatih pasukan MPL

Todak adalah salah satu pasukan yang tidak asing lagi di dalam dunia kompetitif Mobile Legends, mereka muncul juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MYSG musim ke-6. Mereka juga hampir menjadi juara di musim ketujuh dan kelapan.

Sebut sahaja pasukan Todak, draft mereka sangat sukar untuk dibaca oleh pihak musuh. Seperti yang kita lihat Ciku menggunakan Miya di musim ketujuh dan juga Momo menggunakan Miya di musim kesembilan dan di peringkat kelayakan Sukan SEA 2021.

Mengapa Miya menjadi hero pilihan Todak? Kami dari pihak MyGameOn mendapatkan pandangan dari jurulatih Suhaz Esports iaitu Kelvin Unting.

“Menurut pandangan saya, semua hero marksman boleh dibawa memandangkan meta gold lane sekarang ini. Akan tetapi, setiap marksman yang dibawa masuk itu bergantung kepada komposisi pasukan itu sendiri.

“Tidak semua pasukan akan dapat membawa Miya ke gold lane, ia bergantung kepada strategi setiap pasukan. Miya kini sangat kuat, ditambah spell inspire dan beralih ke fasa late game dengan life steal. Dia menjadi unstoppable dan sukar untuk ditumbangkan,” katanya.

Bagi jurulatih pasukan RED Esports iaitu SoraPayung pula, “Miya dengan penggunaan spell inspire yang sudah diberi buff sebelum ini mampu counter Gloo dan juga Ling.

“Miya adalah hero yang scaling hingga ke fasa late game. Pemain Todak iaitu Momo bijak cari ruang untuk melakukan farming, kemahiran mekanik dan makro dia tinggi. Dia mampu untuk carry pasukan di fasa late game,” tambahnya.

Adakah kita akan melihat pasukan Todak akan meneruskan penggunaan Miya di gold lane? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+