Mengenal apa itu Twitch – platform penstriman permainan video

Mungkin anda sekarang hanya menggunakan Facebook Gaming dan Youtube Gaming untuk menonton strim permainan video.

Tapi pernahkah anda menggunakan Twitch?

Apa itu Twitch?

Twitch adalah platform penstriman secara langsung yang pada mulanya ditujukan kepada gamer yang bermula pada tahun 2011.

Platform penstriman ini juga menawarkan penggunanya untuk membuat penstriman permainan video mereka secara langsung dengan mudah dari penggunaan perisian seperti Open Broadcaster Software (OBS).

Twitch kini berubah dari hanya untuk strim permainan video kepada beberapa kategori lain yang ingin ditonton dalam platform ini.

Pelbagai jenis kategori yang boleh diterokai, dari permainan video kepada Just Chatting malah ada juga beberapa streamer yang bermain musik, tidak lupa juga beberapa artis melukis yang melakukan Art live stream.

Terdapat juga beberapa rancangan bual bicara seperti podcast, tentang makanan dan juga sukan.

Berapa harga bulanan subscribe Twitch?

Twitch baru-baru ini pernah memberi kadar bayaran baru mengikut negara masing-masing.

Dengan harga baru anda kini boleh memberi sokongan kepada stremer kegemaran anda dengan harga serendah RM7.99 sebulan dan jauh lebih murah dari Facebook Gaming iaitu RM12.90 sebulan.

Ia juga lebih murah jika anda membeli langganan beberapa sekali gus seperti enam bulan misalnya.

Twitch livestream video gaming convention players

Twitch juga mempunyai dashboard yang normal seperti platform strim yang lain.

Emotes yang ada nyata memberi kelebihan yang lebih banyak berbanding platform lain. 

Jadi dah cuba ke Twitch? Banyak permainan video dan pelbagai jenis hobi juga ada di Twitch.

Mungkin akan memberi kelainan untuk anda?

RELATED NEWS

+