Meta Attacker dalam Pokemon UNITE setakat ini

Pokemon UNITE baru sahaja keluar untuk platform mobile semalam tetapi permainan video ini sudah hampir 3 bulan dikeluarkan di platform Nintendo Switch.

Attacker boleh dikatakan antara peranan yang paling popular di dalam Pokemon Unite.

Di dalam Pokemon UNITE terdapat lima peranan iaitu Attacker, Speedster, All-Rounder, Defender dan Support.

Kita cuma akan melihat meta attacker buat masa ini:

Attacker

1. Cramorant (SS Tier)

Best Cramorant build Pokemon Unite – Moves, Battle & Held Items - Dexerto

Cramorant masih menjadi antara Pokemon Attacker yang kuat disebabkan penggunaan crowd control (CC) dari Hurricane dan juga menjauhkan jarak yang mempunyai heal iaitu Air Slash.

Cramorant terlalu bagus dalam membetulkan posisi apabila dalam masalah.

Namun, biarpun Pokemon ini mudah untuk digunakan tetapi sukar untuk dikuasai.

2. Pikachu (S Tier)

Best Pikachu build in Pokemon Unite – Moves, Battle & Held Items - Dexerto

Pikachu mempunyai burst damage yang kuat dan juga crowd control yang boleh Stun dan Unite Move yang menghancurkan satu pasukan jika dibiarkan begitu sahaja.

3. Alolan Ninetales (S Tier)

Pokemon Unite best Alolan Ninetails build – moveset, Battle & Held Items -  Dexerto

Alolan Ninetales mempunyai crowd control yang sangat baik dengan AoE yang besar untuk mengawal seluruh perlawanan.

Pokemon ini bukan sahaja boleh mengenakan damage tinggi tetapi membuatkan ahli pasukan juga berpeluang untuk menyerang kerana passive Alolan Ninetales yang boleh membekukan pihak musuh.

4. Greninja (S Tier)

Pokemon Unite best Greninja build – Moveset, Battle & Held Items - Dexerto

Greninja antara Attacker yang akan menguasai satu permainan jika anda tahu cara untuk menggunakan kombo.

Pokemon ini sedikit lemah semasa awal perlawanan tetapi cara berlawan Greninja akan membuat orang lain menghadapi kesukaran untuk berlawan dengannya.

5. Cinderace (A Tier)

Pokemon Unite best Cinderace build – Battle & Held Items, moveset - Dexerto

Cinderace pernah menjadi antara karakter paling kuat di dalam meta attacker ini namun sudah mendapat nerf.

Tetapi walaupun dengan nerf, Cinderace masih menjadi antara karakter menyerang single target paling kuat dengan skill pergerakan dan jugak kelajuan menyerang.

6. Gardevoir (A Tier)

Best Gardevoir build in Pokemon Unite – Moves, Battle & Held Items - Dexerto

Gardevoir mempunyai Unite Move yang paling berguna di dalam Pokemon UNITE kerana keupayaan untuk menarik semua pihak musuh ke satu tempat.

Pokemon ini bagaimanapun sedikit lambat untuk menjadi kuat kerana memerlukan level 6 untuk evolve dari Ralts ke Kirlia.

Power spike ini membuatkan Gardevoir sangat ditakuti.

7. Venasaur (B Tier)

Pokemon Unite best Venusaur build – Moveset, Battle & Held Items - Dexerto

Venusaur mempunyai antara early game paling kuat di antara semua Attacker. Namun, Venusaur mempunyai masalah apabila permainan masuk ke late game akibat damage yang tidak cukup.

Meta ini bakal bertukar nanti disebabkan pelancaran versi mobile Pokemon UNITE.

Jangan lupa muat turun Pokemon UNITE di pelantar iOS dan Android.

Antara yang terhebat untuk role lain:

  • All-Rounder – Lucario
  • Speedster – Zeraora
  • Defender – Blastoise dan Snorlax
  • Supporter – Wigglytuff

Komen jika anda mahu tahu meta untuk Role yang lain ataupun meta untuk penggunaan item di dalam Pokemon UNITE nanti.

RELATED NEWS

+