Menurut penilaian terkini daripada Taiwan Digital Game Rating Committee, permainan-permainan klasik terbitan Konami seperti Metal Gear Solid dan Metal Gear Solid 2: Substance akan dilancarkan semula untuk PC.
Selain daripada dua permainan di atas, beberapa permainan lain yang juga menerima penilaian adalah Metal Gear dan Konami Collector’s Series: Castlevania and Contra. Nampaknya semua permainan ini akan dilancarkan untuk PC pada masa depan.
Sebelum ini, Metal Gear Solid dan Metal Gear Solid 2: Substance sudah dilancarkan untuk PC tetapi kedua-duanya dilancarkan pada zaman di mana PC masih menggunakan cakera optik. Metal Gear Solid versi PC dilancarkan pada tahun 2000 dan Metal Gear Solid 2 pula pada tahun 2003.
Pada waktu ini, Konami masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai maklumat di atas.
Sumber: Gematsu
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.