Mi Yue adalah hero Mage Fighter baharu yang akan dilancarkan ke Honor of Kings Global nanti.
Sedikit berbeza dari Mage di Mid Lane, Mi Yue lebih kuat apabila berada di Clash Lane.
Cara permainan Mi Yue juga unik apabila dia banyak menggunakan Basic Attack bersama-sama Skill yang ada.
Skill Mi Yue

Foto: Level Infinite | Tencent
Pasif – Eternal Blood
Setiap kali Mi Yue menggunakan skill dia akan mengeluarkan shadow minion gagak yang akan menyerang musuh terdekat.
Setiap kali dia mengeluarkan shadow minion dia akan mendapat sedikit heals dan Shadow Power (bar bewarna ungu dibawah health).
Mi Yue mampu untuk mengeluarkan 6 shadow minion serentak. Jika Shadow Power habis shadow minion akan hilang satu per satu.
Skill 1 – Painful Shock
Mi Yue akan menghantar Shadow Energy yang akan membuat damage kepada sesiapa sahaja di hadapan.
Dia boleh mengaktifkan skill ini sekali lagi untuk teleport ke lokasi skill itu dan meledak damage sekali lagi.
Jika teleport itu mengena musuh Mi Yue akan mengeluarkan shadow minion lagi.
Skill 2 – Phantom Minions
Mi Yue akan menghantar rantai shadow yang akan melekat di musuh yang pertama kena.
Rantai ini akan bertahan selama 4 saat. Ketika ini Mi Yue akan mengurangkan physical dan magic attack musuh sambil memperlahankan mereka juga.
Setiap kali mengurangkan stats musuh Mi Yue akan membuat magic damage dan heals.
Jika rantai itu berjaya bertahan semalam 4 saat, shadow minion baharu akan dikeluarkan.
Skill ini juga mempunyai efek pasif iaitu apabila rantai ini berada di musuh Basic Attack Mi Yue akan mendapat enhanced yang membuat magic damage dan memperlahankan musuh.
Setiap serangan enhanced akan memberinya Shadow Power lagi.
Skill 3 – Shadow Moon (Ultimate)
Ketika menggunakan skill ini, Mi Yue akan menghilangkan diri dalam bayang-bayang selama dua saat dan immune dari apa-apa efek.
Skill ini juga memberikan movement speed.
Apabila Mi Yue kembali dia akan membuat damage kepada musuh lagi.
Hero ini sudah semestinya akan mengubah meta kerana sangat serba boleh untuk berada di dalam perang sambil membuat damage berterusan.
Mi Yue akan dilancarkan esok di Honor of Kings Global.