Michelle Yeoh sertai The Witcher: Blood Origin sebagai Scian

Hari ini sah, pelakon Malaysia, Michelle Yeoh akan sertai rancangan The Witcher: Blood Origin sebagai Scian.

Melalui watak Scian, Michelle Yeoh akan membawa dirinya sebagai salah seorang daripada ‘sword-elves’ yang juga satu-satunya daripada puak normadik. Watak Scian ini dikatakan sebagai watak yang digeruni.

Berdasarkan penerangan rasmi wataknya, tiada siapa yang berani tandingi seni pedangnya dan tiada siapa membawa kehilangan di dalam hati setandingnya.

Blood Origin dikatakan mengambil tempat 1200 tahun sebelum The Witcher, di mana Scian membawa dirinya mengembara ke pengembaraan yang merbahaya iaitu untuk mengembalikan semula pedang sakti milik puaknya yang dicuri, walau apa pun yang berlaku. Di sini menggambarkan kisahnya akan memberi impak pada cerita ini.

Michelle Yeoh juga akan bergandingan bersama Laurence O’Fuarain. Watak O’Fuarain sebagai Fjall adalah watak yang ‘membawa luka yang cukup dalam’ akibat ‘kematian insan tersayang yang terkorban dalam menyelamatkannya’. Di dalam siri ini, O’Fuarain juga dikatakan akan ‘bertempur bergandingan bersama sekutu yang tidak pernah disangkanya’.

Michelle Yeoh sekarang membintangi Star Trek: Discovery yang ditayang di saluran CBS. Beliau juga pernah membintangi beberapa filem lain seperti Boss Level bersama Mel Gibson dan Frank Grillo, Last Christmas dan Crazy Rich Asian.

Pada awal kemunculannya, beliau membintangi Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha dan filem James Bond 1997, Tomorrow Never Die yang berbeza dengan 007 arahan Pierce Brosnan. Selain itu, beliau juga membintangi filem The Lady dan menjadi penyumbang suara untuk Kung Fu Panda 2.

Siri aksi ini akan mempunyai enam bahagian yang juga prekuel kepada siri The Wicther ditayangkan di Netflix, mengisahkan kisahnya tersendiri sebagai kisah yang “hilang dek zaman” walaupun ‘pembikinan prototaip Witcher pertama, dan peristiwa ini akan membawa kepada satu ‘penyatuan sfera’ apabila raksasa, manusia dan bunian menjadi satu”.

Blood Origin dikembangkan oleh Lauren Schmidth Hissrich dan penulis bagi episod ‘Of Banquets, Bastards and Burials’ The Witcher Musim Pertama, Declan de Barra. Manakala novelis The Witcher, Andrejz Sapkowski akan menjadi eksekutif kreatif. Buat masa ini pihak Netflix masih lagi belum menetapkan tarikh tayangan Blood Origin bermula.

RELATED NEWS

+