Microboy luah rasa syukur EVOS Reborn tempat kedua, dapat slot ke PMPL SEA S4

Indonesia: Nizar Lugatio Pratama atau Microboy meluahkan rasa syukur atas kejayaan pasukannya, EVOS Reborn meraih tempat kedua di liga profesional PUBG Mobile (PMPL SEA) musim ketiga yang berakhir semalam.

EVOS Reborn adalah satu-satunya pasukan Indonesia yang layak dijemput terus ke musim seterusnya selain The Infinity dari Thailand yang menjadi juara.

Dalam satu hantaran di Instagram, beliau mengucapkan rasa syukur dan bangga dengan pasukan senegara yang sudah berjuang di peringkat SEA Finals ini.

Terdahulu, EVOS Reborn berjaya raih tempat kedua selepas mendapatkan Winner-Winner Chicken Dinner (WWCD) terakhir sekali gus meninggalkan kesemua pasukan lain di belakang.

Mereka mendapatkan skor keseluruhan 189 mata yang mana diikuti rapat oleh skuad Vietnam, Infinity Q dengan skor 170 mata dan pasukan senegara, Livescape, 169 mata serta Aura, 162 mata.

Meskipun begitu, EVOS Reborn tidak layak dijemput terus ke PMPL ID S4 kerana mendapat tempat tercorot di peringkat Country Finals.

Foto: IG @evos.microboy

RELATED NEWS

+