Microsoft kini dalam perancangan untuk menaikkan harga kesemua pakej Xbox Game Pass yang ada mulai September ini.
Kenaikan ini juga termasuk langganan baru yang tidak akan memberi pelanggan akses untuk bermain permainan video pada hari pelancaran dan beberapa permainan video Xbox.
PC Game pass juga akan dinaikkan harga dari RM15 sebulan kepada RM20.
Di negata yang mempunyai akses rasmi Xbox, Microsoft akan memperkenalkan Xbox Game Pass Standard dengan harga AS$14.99 (RM71) dan Xbox Game Pass Ultimate dengan harga AS$16.99 (RM80).
Penukaran harga ini akan aktif mulai September tetapi untuk pelanggan baharu Xbox Game Pass mereka perlu membayar dengan harga baharu.
Rujukan: Xbox