Microsoft Flight Simulator merancang menambah helikopter tahun depan

Rancangan bagi tahun 2022 oleh pembangun Microsoft Flight Simulator, Asobo Studio ialah menambah set helikopter di dalam permainan mereka.

Selepas mendapat undian pemain lebih 1500 undi, penambahan helikopter adalah satu ciri yang paling dinantikan pemain permainan simulator itu. 

Antara permintaan lain ialah, sokongan pelbagai skrin, DirectX 12, fungsi ulangan dan pelbagai ciri-ciri lain termasuk membaiki sejumlah pepijat (bugs) seperti cuaca dan bacaan angin yang tidak tepat, permainan crashed, tekstur resolusi rendah dan isu prestasi di beberapa PC. 

Asobo Studio menjangka akan melancarkan Flight Simulator di konsol Xbox Series X|S pada 27 Julai, yang juga akan tiba di Xbox Game Pass. 

Sumber: EuroGamer

RELATED NEWS

+