Microsoft mengesahkan konsol ‘handheld’ Xbox bakal hadir

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Steam Deck dan Nintendo Switch terus mendominasi pasaran konsol mudah alih, namun Microsoft nampaknya mahu mencabar pasaran ini dengan melancarkan konsol mudah alih mereka sendiri.

Pada bulan Mac, Microsoft mengumumkan mereka sedang mengusahakan prototaip konsol mudah alih, tetapi eksekutif syarikat tidak memberi pengesahan penuh mengenai perkara ini, kecuali satu hint pada bulan Jun.

Foto: Game Rant

Bagaimanapun, baru-baru ini, CEO Microsoft, Phil Spencer, mengesahkan bahawa konsol mudah alih ini memang sedang dalam pembangunan, selepas satu temubual dengan Bloomberg. Spencer menyatakan bahawa syarikatnya berhasrat untuk memasuki pasaran ini, dengan harapan dapat menghasilkan sesuatu yang inovatif di masa depan.

Walaupun begitu, Spencer tidak memberikan tarikh rasmi mengenai pelancaran peranti ini. Beliau hanya menyebut bahawa ia adalah salah satu sasaran syarikat dalam jangka panjang.

Beliau juga menekankan bahawa pasukan Microsoft sedang memantau perkembangan teknologi dan trend semasa untuk membangunkan peranti yang benar-benar memenuhi kehendak pengguna.

Buat masa ini, kita mungkin perlu menunggu beberapa tahun lagi sebelum melihat konsol mudah alih Xbox dilancarkan, terutamanya dengan pelancaran Nintendo Switch 2 dan kemungkinan Steam Deck 2 yang semakin hampir.

Namun, pengesahan ini tetap menggembirakan peminat Xbox yang menantikan permainan kegemaran mereka dalam bentuk mudah alih.

Artikel ini diterjemah dari Dexerto. Artikel asal boleh dibaca di SINI.


Follow kami di WhatsAppInstagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+