Microsoft baru-baru ini menanyakan banyak pembangun permainan video atas mengapa mereka lebih memilih untuk mengeluarkan permainan video di platform PS5 berbanding Xbox Series X|S.
Sejak beberapa tahun lepas banyak pembangun permainan video cuba mengelak untuk melancarkan permainan mereka di Xbox Series S kerana mereka tidak boleh memilih akibat mandat Microsoft yang memerlukan mereka untuk mengeluarkan permainan mereka di Series X dan juga Series S yang jauh lebih rendah spesifikasinya.
Hal ini membuatkan pembangun terus mengelak Xbox ditambah lagi dengan komunikasi dari Microsoft yang kurang efisien terutamanya dengan studio-studio kecil.
“Kami ingin tahu mengapa anda tidak ada di Xbox,” dalam laporan di laman Microsoft Game Dev.
Microsoft mengatakan mereka perlu tahu perkara sebenar untuk mengelakkan kejadian katak di bawah tempurung dan mendapat perspektif baharu daripada orang lain.