Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!
Microsoft kini memecat lebih 650 staf lagi untuk jabatan permainan video mereka.
Pengumuman ini dilakukan pada 12 September lepas dalam satu memo yang dihantar oleh Ketua Xbox, Phil Spencer.
Dengan pemecatan baharu ini, Microsoft memecat 2,550 staf mereka sejak mengambil alih Activision BLizzard dengan harga AS$69 bilion (RM296.8 billion) tahun lepas.
“Perubahan ini adalah bagi mengekalkan perkembangan masa hadapan syarikat yang boleh membantu studio kami yang sedia ada dengan lebih baik,” ujar Phil.
Pemecatan tambahan ini sejak Januari lepas menyebabkan beberapa studio hebat seperti Tango Gameworks dibuang oleh Microsoft.
Foto: Microsoft