Midgard Saga sedia dimainkan di iOS dan Android

Midgard Saga kini sedia dimainkan di iOS dan Android.

Ia adalah permainan mudah alih RPG yang memfokuskan kepada strategi. Anda berada di dunia Midgard dan mengikuti perjalanan Price Forseti selepas auahnya, King Crowe mangkat.

Dunia Midgard yang penuh kacau bilau ini pastinya mencabar untuk anda selesaikan perjalanan Forseti.

Midgard Saga menggunakan mekanisme idle yang bermaksud ia mudah dimainkan tapi elemen strategi di dalamnya memerlukan masa untuk mahir.

Terdapat lebih 50 hero dengan karakter tersendiri serta kuasa unik yang akan mengembara di lebih 20 peta dan 100 lebih musuh untuk dilawan.

Sila klik LINK ini untuk muat turun Midgard Saga sekarang.

RELATED NEWS

+