Pencipta Genshin Impact miHoYo kini sedang aktif membanteras komuniti leakers yang begitu aktif kepada Genshin Impact.
MiHoYo juga baru-baru ini menyaman Bilibilii, sebuah platform penstriman video sama seperti Youtube di China.
Di Bilibilii juga terdapat terlalu banyak video leaks yang menunjukkan kandungan Genshin Impact akan datang.
Tiada lagi kompromi miHoYo kini mahu membanteras kesemuanya.
Hal ini juga menyebabkan beberapa leakers terbesar Genshin Impact turut menutup akaun sosial media mereka terutamanya di Twitter.
@lumie_lumie dan @abc64real adalah antara leakers terbesar Genshin Impact yang sangat terkenal dengan pemain-pemain Genshin Impact kerana mereka selalunya menjadi yang terawal untuk mengeluarkan leaks dan boleh dipercayai.
miHoYo lawan HoneyImpact
Honey Impact adalah antara laman web terbesar untuk info-info dari Genshin Impact.
Tetapi Honey Impact juga antara yang mengeluarkan data-data karakter yang tertiris atau masih belum dikeluarkan oleh miHoYo.
MiHoYo bertindak melakukan DMCA (satu akta hak cipta di Amerika Syarikat) bagi memohon penutupan laman ini.
Adakah miHoYo buat tindakan yang betul?
Pertama sekali, semua perkara yang berkaitan Genshin Impact adalah dimiliki oleh miHoYo.
Jadi mereka berhak untuk menutup mana-mana laman jika tidak mengikut peraturan dari Genshin Impact.
Namun, masalah bermula apabila Honey Impact menggunakan aset dari Genshin Impact dan juga mendapat keuntungan akibat iklan-iklan di lamannya.
Laman-laman lain Genshin Impact seperti Paimon.moe, Wiki, Game8, Genshin.gg dan sebagainya pula tidak meletakkan leak di dalam laman mereka jadi setakat ini mereka masih selamat dan dibenarkan miHoYo.
MiHoYo mahu semua komuniti bekerjasama kerana laman-laman seperti ini sangat membantu untuk miHoYo dalam promosikan Genshin Impact.