miHoYo saman tujuh individu RM320,000 seorang sebab ‘leak’

Digelar ‘Leaker Hunt Decree’ bersempena Vision Hunt Decree di dalam Genshin Impact, miHoYo kini menyaman 7 orang leaker dan diarah untuk membayar AS$78 ribu setiap seorang.

Bulan Jun lepas juga miHoYo menyaman seorang pemain Genshin Impact yang terkenal dengan menyebarkan leak.

Pada September lepas, Genshin Impact sudah menyaman platform media sosial China iaitu Bilibili mengenai leak Genshin Impact.

Kini tular di Twitter dan beberapa media sosial yang lain senarai nama tujuh orang yang dikenakan saman sudah tersebar.

Pengguna Twitter Not Tangzhu memberi sedikit gambar dari BiliBili mengenai perintah mahkamah dan termasuk UID mereka.

Apa yang lebih mengejutkan tujuh orang itu tidak pernah menandatangani Non-Disclosure Agreement (NDA) atau Perjanjian Kontrak yang selalunya ditandatangani oleh individu yang menyertai Genshin Impact server beta.

Jika ada antara mereka ini yang menggodam untuk maklumat, miHoYo mempunyai alasan kukuh untuk menyaman mereka ini.

RELATED NEWS

+