"> " /> " />

MiHoYo tukar penerbit baru ke Cognosphere Pte. Ltd.
 
Dua hari lepas muncul desas-desus mengenai miHoYo kini sudah tidak menjadi penerbit (publisher) untuk Genshin Impact dan Tears of Themis ditukarkan kepada Cognosphere.
 
Cognosphere adalah penerbit permainan video yang bertempat di Singapura.
 https://gamedaim.com/wp-content/uploads/2021/12/Cognosphere.jpg.webp
 
Penukaran ini banyak membuat ramai pemain terkejut apabila mereka hendak membayar melalui mana-mana aplikasi miHoYo.
 
MiHoYo pula tidak membuat apa-apa pengumuman rasmi mengenai penukaran ini.
 
China pula banyak memberi impak besar dan negatif kepada industri permainan video dan nyata ramai yang cuba untuk mencari selok-belok baru untuk lari sedikit dari masalah itu.
 
Menukarkan operasi ke luar China adalah satu tindakan yang tidak asing lagi.
 
Tencent juga pernah melakukan perkara yang sama dengan menghantar beberapa permainan mereka ke Singapura untuk dikendalikan.

Penukaran ini juga dibuat mungkin atas dasar politik kerana Liu Wei, CEO miHoYo secara rasmi sudah bergabung dengan CCP atau Parti Komunis Tiongkok.

Gabungan Wei ke CCP ini nyata menarik banyak kontroversi.

RELATED NEWS

+