miHoYo umum game baru, Honkai: Star Rail, ujian beta tertutup kini dibuka

MiHoYo pembangun bagi permainan Genshin Impact baru-baru ini ingin mengumumkan permainan baru di dalam dunia Honkai iaitu, Honkai: Star Rail.

Honkai: Star Rail kini masih dalam proses pembangunan, tetapi pendaftaran bagi ujian beta tertutup akan dibuka bermula hari ini sehingga tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Pihak pembangun masih lagi belum memberikan perincian mengenai permainan ini. Kemungkinan, Honkai: Star Rail juga merupakan permainan dengan ciri-ciri gacha seperti Honkai Impact 3rd.

Selain itu mereka juga memperlihatkan video trailer yang menunjukkan sebuah kereta api yang mengembara hingga ke angkasa. 

Bagi ujian beta tertutup ini, setiap kemajuan akaun akan dipadam selepas ujian beta ini berakhir. Bagi peranti pula, ia cuma dibuka untuk pengguna PC dan iOS sahaja. 

Berikut ialah spesifikasi peranti yang dicadangkan oleh pihak miHoYo untuk ujian beta tertutup ini:

iOS:

  • iOS 12 atau terkini
  • iPhone: iPhone XS, iPhone XR atau terkini
  • iPad: iPad dengan cip pemproses Apple A12 atau terkini.

PC:

  • Window 7 atau terkini dengan pemproses Intel Core i5
  • 8GB RAM
  • kad grafik Nvidia GeForce GTX 970 atau terkini.

Sebelum ini, miHoYo melancarkan pelbagai siri Honkai iaitu Honkai Gakuen 2 pada 2014 dan Honkai Impact 3rd pada 2017.  Honkai Impact 3rd menjadi permainan paling popular selepas pelancarannya dengan 35 juta pemain. 

Untuk mengetahui perincian mengenai ujian beta ini, anda boleh layari laman rasmi mereka di SINI.

Sumber: PC Gamer, HoYoLab.

RELATED NEWS

+