Minecraft Earth Adalah Permainan AR Seperti Pokemon GO!

Pokemon Go pertama kalinya memperkenalkan sistem permainan berasaskan Augmented Reality (AR) yang popular, menggalakkan pemainnya mengembara dan menambah kenalan baru dalam usaha menangkap Pokemon.

Tapi itu pada tahun 2016. Baru-baru ini, Minecraft Earth pula diumumkan yang mana ia lebih menyasarkan kepada keluarga.

Permainan ini menggunakan teknologi sama cuma pemain boleh membina bangunan dan meletakkannya seakan dalam dunia sebenar.

Bangunan ini dibina menggunakan sumber seperti Lego. Sebagai contoh, korang boleh membina rumah di atas meja sama seperti set Lego. Kalau korang dah berkenan, korang boleh jalan ke taman berdekatan dan meletakkannya di permukaan rata di mana saiznya akan menyamai bangunan dunia nyata. Bangunan itu kemudiannya kekal di lokasi itu jadi sesiapa yang melawat taman itu boleh melihat hasil kerja korang.

Selain itu, haiwan seperti khinzir dan ayam boleh ditemui untuk diternak. Minecraft Earth menitikberatkan elemen multiplayer jadi ia sesuai dimainkan bersama rakan dan keluarga untuk membina bangunan bersama-sama.

Saksikan video penuh teaser Minecraft Earth:

Buat sementara ini, tarikh pelancaran belum diumumkan untuk peranti iOS dan Android menggunakan teknologi AR. Daftar untuk beta tertutup di SINI.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+