Minecraft Earth adalah game augmented reality (AR) seakan Pokemon GO dan Harry Potter: Wizards Unite yang baru sahaja diumumkan pada bulan Mei ini. Kini, korang boleh bina rumah idaman dengan menggunakan blok-blok melalui dunia nyata."> Minecraft Earth adalah game augmented reality (AR) seakan Pokemon GO dan Harry Potter: Wizards Unite yang baru sahaja diumumkan pada bulan Mei ini. Kini, korang boleh bina rumah idaman dengan menggunakan blok-blok melalui dunia nyata." /> Minecraft Earth adalah game augmented reality (AR) seakan Pokemon GO dan Harry Potter: Wizards Unite yang baru sahaja diumumkan pada bulan Mei ini. Kini, korang boleh bina rumah idaman dengan menggunakan blok-blok melalui dunia nyata." />

Minecraft Earth: Jadi Pemain Terawal Untuk Masuk Closed Beta

Minecraft Earth adalah game augmented reality (AR) seakan Pokemon GO dan Harry Potter: Wizards Unite yang baru sahaja diumumkan pada bulan Mei ini. Kini, korang boleh bina rumah idaman dengan menggunakan blok-blok melalui dunia nyata.

Baru-baru ini, Mojang dan Microsoft telah berkongsi butiran lanjut tentang closed beta untuk Minecraft Earth. Saksikan trailer khas di bawah:

Untuk menjadi pemain terawal, korang perlu daftarkan diri melalui laman rasmi. Pengguna berumur 18 tahun ke atas memerlukan akaun Microsoft atau Xbox Live untuk mendaftar dan akses untuk ke server Minecraft Earth boleh dimainkan untuk sistem iOS 10 dan Android 7 ke atas.

Perlu diingatkan, akses pemain adalah terhad bergantung kepada server game ini. Jika korang masuk ke closed beta, korang juga perlu sentiasa aktif kerana kalau korang tak main selama 7 hari, akses ini bakal diberikan kepada pemain lain.

Pelancaran closed beta ini akan dibuka untuk pengguna peranti iOS dalam masa 2 minggu dan disusuli oleh peranti Android. Setakat ini, tarikh pelancaran Minecraft Earth masih belum diumumkan secara rasmi.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: Engadget

RELATED NEWS

+