Minecraft NFT tidak rasmi ‘Blockverse’ hilang begitu sahaja

Satu lagi kisah permainan video bahawa NFT tidak sepatutnya berada di dalam permainan video.

Ini yang terjadi kepada Blockverse satu permainan unik pay-to-earn dan bermain di dalam dunia PvP server Minecraft.

Blockverse pada awalnya mengeluarkan 10,000 NFT yang berharga 0.05 ETH (RM496) dan kesemua NFT itu terjual dalam masa lapan minit sahaja.

Namun malang tidak berbau, beberapa hari selepas itu, pencipta projek sudah menutup laman sesawang mereka, server Discord, dan server permainan dan hilang juga bersama-sama wang yang sudah ada.

Jumlah kerugian yang dianggarkan adalah sebanyak RM4 juta.

Selepas tiga hari senyap, pengasas Blockverse membuat kenyataan di Twitter.

Selepas banyak NFT sudah dijual terdapat banyak aduan mengenai beberapa wang pengendalian NFT yang perlu dibayar dalam satu masa.

“Kami tidak akan meninggalkan projek ini secara kekal, malah kami akan cuba meneruskan semua kerja teknikal dan infrastruktur untuk projek ini diteruskan. Kami juga mahu menjaga keselamatan semua individidu terlibat,”

Kini ramai komuniti cuba untuk melakukan rundingan bagi mendapat kawalan untuk projek Blockverse.

Walau apa pun yang berlaku Blockverse masih berjaya mendapat sedikit kerugian mereka dan memperbetulkan keadaan.

Blockverse juga berjaya mengelak dari dikatakan projek mereka adalah untuk penipuan.

RELATED NEWS

+