Minggu akhir MPL, Team Bosskurr perkenalkan seorang lagi pemain baharu

Kuala Lumpur: Nampaknya Team Bosskurr ingin terus menunjukkan mereka komited ingin menang baki dua perlawanan selepas mencatatkan rekod kurang memuaskan, 1-10 setakat tujuh minggu di MPL MY musim ketujuh ini.

Dalam satu posting ringkas di Instagram, Team Bosskurr memperkenalkan Tettew yang juga merupakan pure Tank. Pada masa sama, mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Myzer.

Difahamkan, Tettew adalah bekas pemain pasukan Mobile Legends Sabah, Moonchild sebelum ini.

Team Bosskurr akan berentap dengan pasukan Team SMG pada Jumaat dan Homebois pada Ahad.

Mengikut kiraan mata agregat, Team Bosskur boleh dikatakan agak mustahil untuk mengejar ranking pasukan lain dan mendapat tempat ke playoffs.

RELATED NEWS

+