Mir4 – Pelancaran rasmi peringkat global pada 26 Ogos ini

Penulis sudah berkongsi pada tempoh hari tentang permainan yang diadaptasi dari The Legend of Mir, Mir4 boleh dimainkan pada 5 ogos sehingga 8 ogos pada peringkat CBT (Close Beta Test). 

Kini, mereka sudah mengumumkan untuk pra-daftar bagi permainan video itu. Ianya akan dilancarkan secara global pada 26 Ogos ini, terdapat 3 server semasa pelancaran iaitu North America, Europe dan juga Asia.

Mereka membuat tindakan bijak dengan hanya melancarkan 3 server dan tidak seperti sesetengah pembangun permainan video yang lain yang melancarkan beratus-ratus server dalam masa yang terdekat. Ini akan mengakibatkan server yang sudah lama akan kehilangan pemain mereka kerana pemain baru akan memilih server yang baru.

Untuk recap permainan video Mir4 ini, ianya berkonsepkan MMORPG di mana para pemain perlu menyelesaikan misi dan mendapat reward bagi setiap misi yang berjaya diselesaikan. Selain itu, seperti permainan MMORPG yang lain, Mir4 juga menerapkan sistem PVP (Player versus Player) dan juga Clan.

Fungsi Clan adalah untuk mengumpulkan para pemain di bawah satu kumpulan untuk menjadi Clan yang terkuat di dalam permainan. Clan Leader juga berpeluang untuk meningkatkan daya saing Clan seperti clan perks, clan war dan lain-lain.

Pada peringkat permulaan, akan terdapat 4 karakter yang perlu dipilih dan ia berasaskan gender lock di mana anda tidak boleh mengubah jantina karakter anda. Jika anda gemar karakter yang boleh membantu rakan-rakan anda di samping memberikan damage – Taoist adalah pilihan yang tepat.

Lancer pula memfokuskan dps (damage per second) yang tinggi kepada raksasa, Sorcerer mempunyai banyak cc (crowd control) untuk menghancurkan musuhnya manakala warrior memiliki pertahanan yang tinggi dan mampu memberikan burst damage kepada raksasa.

Dikeluarkan di peranti mudah alih Appstore dan Google Play Store, anda juga boleh memuat turun permainan ini di platform PC dan Steam.

Anda boleh mula pra-daftar di laman web INI

RELATED NEWS

+