Miraibo Go adalah permainan video dunia terbuka survival dengan raksasa yang lebih kurang sama dengan Palworld dan Pokemon Go.
Permainan ini telah dibuang daripada Google Play dan App Store.
DREAMCUBE mengumumkan permainan ini akan ditutup setelah sebulan berada di pasaran.
Isu penutupan ini adalah disebabkan masalah hak cipta dengan Nintendo.
Dalam Miraibo Go terdapat lebih 100 raksasa dengan elemen dan skills tersendiri yang anda boleh guna untuk merentas dunia, berlawan musuh dan juga menyuruh mereka membuat kerja seperti berkebun, mengumpul dan pembinaan.
Permainan ini banyak menirup inspirasi daripada Palworld dan juga Pokemon Go.
Pemain yang telah membeli apa-apa topup juga akan diberikan wang semula.
Tidak hairan juga akan penutupan permainan ini kerana mereka banyak mengambil atau meniru dari Palworld dan juga Pokemon.
Apatah lagi Palworld kini sedang berada dalam kes hak cipta dengan Nintendo dan Pokemon Company.