Miya kunci kemenangan Todak, tewaskan SMG 2-1

Minggu ketujuh MPL MY perlawanan kedua menyaksikan pasukan Todak bertemu dengan SMG. Pasukan Todak berada di kedudukan pertama di kumpulan B manakala pasukan SMG berada di kedudukan kedua kumpulan A.

Kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang tinggi untuk bermain di upper bracket playoff. Mereka harus bermain sehingga pusingan ketiga pada hari kedua minggu ketujuh bagi menentukan kemenangan.

 Todak sekali lagi berjaya mendapatkan kemenangan dengan pemilihan Miya sebagai marksman Todak. 

Damage yang dikeluarkan begitu tinggi dan pasukan SMG tidak dapat bertahan. Hard guard yang dikeluarkan oleh Angela juga tidak dapat menyelamatkan pasukan SMG.

Selain itu, Abyssal Arrow yang digunakan oleh Moon seringkali membantu ahli pasukannya untuk menumbangkan musuh.

Todak kini mengekalkan kedudukan mereka di kumpulan B untuk mendapatkan ticket ke upper bracket playoff.

 

RELATED NEWS

+