MK K-Clique kini duta PUBG Mobile Malaysia

Kuala Lumpur: Penyanyi rap tanah air,  Muhammad Hairi Amin Hamdan atau MK dari kumpulan K-Clique sah diumumkan sebagai duta untuk PUBG Mobile Malaysia.

Berita itu diumumkan sebentar tadi dalam satu posting di Facebook rasmi PUBG Mobile Malaysia.

🔥Sertai kami untuk meraikan kemunculan MK di PUBG MOBILE sebagai Brand Ambassador untuk Malaysia!!!😱 🥳Pastikan anda…

Posted by PUBG MOBILE on Tuesday, 11 May 2021

Dalam satu catatan berasingan di Instagram, MK menulis, “Nantikan lebih bnayak kejutan dan kolaborasi kami,”. PUBG Mobile pastinya mempunyai banyak pelan atau aktiviti dengan MK sebagai duta selepas ini.

Terdahulu, MK dan anggota kumpulannya sekarang bersama Todak yang mana mereka akan menghasilkan lagu baru di bawah produksi Todak Music.

Selain MK, pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak juga menjadi duta bagi Free Fire Malaysia.

Foto: Harian Metro

RELATED NEWS

+