MLBB 101: Cara main Paquito dengan betul

Paquito adalah salah satu hero yang cukup kuat jika dimainkan sebagai jungler atau di bahagian EXP. Namun begitu, tidak semua pemain MLBB yang mahir menggunakan hero ini lantas menyebabkan mereka tewas di tangan pasukan pihak lawan.

Untuk cara bermain Paquito dengan betul, anda hanya perlu menggunakan turutan skill yang dimilikinya dengan tepat. Sebelum kita belajar tentang kombo Paquito, kita perlu tahu kemahiran pasif hero ini terlebih dahulu.

CHAMP STANCE

Pasif Paquito adalah Champ Stance di mana apabila anda sudah menggunakan tiga skill, anda akan dapat mengeluarkan satu skill di antara skill 1,2 dan ketiga walaupun ianya sedang cooldown. Selain itu, Champ Stance ini akan menguatkan lagi skill yang anda keluarkan dan memberikan damage yang lebih tinggi dan juga Shield yang mampu menahan serangan dari pihak musuh.

CROWD CONTROL

Jab>>>Heavy Left Punch>>>Knockout Strike>>>Knockout Strike, kombo ini sangat berkesan untuk mengenakan damage yang tinggi dan juga mengenakan crowd control ke atas musuh. Kombo ini sesuai digunakan untuk membantu pasukan anda mendapatkan kill atau untuk menghentikan skill pihak musuh seperti Real World Manipulation atau Feathered Air Strike.

MAXIMUM DAMAGE

Jab>>>Heavy Left Punch>>>Knockout Strike>>>Jab, jika anda menginginkan damage burst yang tinggi untuk menumbangkan pihak lawan, anda boleh mencuba kombo ini. Kombo ini akan diperkuatkan lagi dengan adanya Malefic Roar serta Hunter Strike yang membantu menembusi perisai pertahanan pihak lawan.

SURVIVAL

Knockout Strike>>>Jab>>>Heavy Left Punch>>>Heavy Left Punch. Kombo ini sesuai digunakan jika anda ingin sustain di dalam lane anda. Heavy Left Punch memberikan pertahanan (Shield) jika skill ini mengena pihak musuh. Ditambahkan lagi dengan Champ Stance, Shield itu akan menjadi bertambah banyak nilainya sehingga 120%. 

RELATED NEWS

+