Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) akhirnya akan dilancarkan di China pada bulan ini selepas lebih setahun berada di dalam fasa beta terbuka sejak Disember 2023.
MLBB berjaya menerima lebih 109,000 pra-daftar dan mendapat tempat ke-4 dalam senarai permainan video paling ditunggu.
Versi ini akan terus membawa kesemua hero dan skin yang ada termasuk beberapa skin eksklusif yang hanya ada di China.
Terdapat beberapa perbezaan dan keistimewaan untuk pemain-pemain di China.
Dalam musim pertama kesemua hero dan skin adalah percuma tetapi anda hanya boleh mendapatkan kedua-dua ini melalui pelbagai acara.
Selain itu, jika anda MVP dan kalah dalam perlawanan star dalam rank anda tidak akan hilang. Manakala MVP untuk pemenang akan mendapat star tambahan.
MLBB juga akan menambah China ke dalam ekosistem E-sukan mereka di mana dua acara akan dianjurkan yang sama seperti MPL dan juara akan mendapat tempat di MSC dan M7 World Championship.
Adakah perubahan besar akan berlaku untuk MLBB versi Global nanti?