MLBB: Cuba 3 hero mage yang “OP” ini

Hero mage adalah satu peranan yang sangat penting di dalam komposisi pasukan Mobile Legends anda. Mage mempunyai burst damage yang tinggi dan mampu mengenakan CC (Crowd Control) kepada pihak lawan.

Walau bagaimanapun, hero-hero ini perlu digunakan dengan betul untuk mendapatkan potensi penuh mereka. Antara hero mage yang kini sedang digunakan di dalam meta dan sangat kuat adalah seperti berikut:

LYLIA

Salah satu kekuatan Lylia di dalam Land of Dawn adalah dia mampu memberikan efek slow yang sangat ketara untuk menyekat pergerakan pihak musuh.

Lylia sangat memberhaya jika dibiarkan ia spam skill secara berterusan tanpa disedari oleh pihak musuh.

Shadow Energy yang digunakan bersama Magic Shockwave mengeluarkan burst damage yang tinggi. Lylia hanya perlu menjaga jarak dan menggunakan skill ini dari jarak jauh.

Selain itu, Lylia juga mempunyai skill yang dapat menyelamatkan dirinya iaitu Black Shoes. Lylia akan berundur kembali ke tempat kasut hitamnya dan memenuhkan kembali HP dan MP. Di samping itu, Lylia akan mendapat peningkatan 20% HP dan 20% kelajuan pergerakan.

VALENTINA

Hero ini memang terkenal dengan kebolehannya menukarkan situasi di dalam setiap perlawanan yang berlaku.

Selain itu, ia mempunyai skill Arcane Shade yang memudahkannya bergerak di dalam peta di samping mengeluarkan combo bersama Shadow Strike.

Valentina mampu meniru skill hero MLBB dengan penggunaan I Am You. Skill ini sangat menakutkan kerana pemain yang mempunyai hero pool yang besar akan menggunakannya dengan sangat baik.

Antara hero yang memberhaya jika ditiru oleh Valentina adalah Chou yang boleh membuat setup The Way of Dragon. Malah Valentina boleh menggunakan juga Dawning Light dari Xavier untuk mengucar kacirkan perlawanan.

XAVIER

Walaupun baru sahaja diumumkan oleh pihak Moonton, populariti Xavier terus meningkat dengan pesat dan sering diambil di MPL MY dan MPL ID musim ke-9.

Xavier sangat kuat ketika di fasa late game di mana cooldown skill dia sangat pendek. Dia boleh mengeluarkan damage yang sangat besar.

Infinite Extension boleh digunakan bersama Mystic Field untuk menyekat pergerakan pihak lawan di samping memberikan burst damage.

Dawning Light adalah punca kekuatan Xavier di pentas MPL. Ia mengeluarkan satu pancaran cahaya yang boleh digunakan dari mana-mana pelusuk peta.

Moon menggunakan skill ini untuk mencuri Lord ketika berhadapan dengan pasukan Orange Esports di perlawanan ketiga peringkat akhir MPL MY musim ke-9.

Adakah anda sudah mencuba tiga hero mage ini? jika belum, pastikan anda mencubanya dan tidak perlu berebut untuk menjadi jungler di dalam pasukan. Selamat mencuba!

Foto: Moonton, Markas Gamers

RELATED NEWS

+