MLBB: Cuba teknik ini untuk bermain Rank

Ramai pemain yang inginkan rank yang tinggi di dalam Mobile Legends. Mereka akan berhempas pulas bagi mendapatkan kemenangan.

Namun begitu, tahukah anda tips untuk bermain di rank lebih-lebih lagi jika anda seorang yang gemar bermain solo dan tidak begitu hebat bermain.

Seperti kita sedia maklum, setiap pemain akan dikenakan reset rank mereka di awal musim baru bermula. Ketika itu, ramai pemain Mythic pada musim sebelumnya akan que untuk bermain di rank epic.

Jika anda que pada awal musim, ini menyebabkan anda akan mengalami peratusan kekalahan yang lebih tinggi kerana mereka adalah pemain veteran dan tahu apa yang mereka lakukan di dalam permainan.

Oleh itu, anda harus menunggu beberapa minggu untuk que di rank bagi memberikan pemain veteran itu naik ke Mythic terlebih dahulu dan kemungkinan peluang anda untuk tidak bertemu mereka adalah sangat tinggi.

Ini adalah matchmaking algorithm yang anda perlu tahu sewaktu bermain sebarang permainan yang melibatkan rank. Selamat mencuba!

RELATED NEWS

+