MLBB: Impian Malaysia untuk mendapatkan pingat emas kini berakhir

Pusingan separuh akhir MLBB Sukan SEA Hanoi 2021 menyaksikan pasukan negara akan bertemu dengan Indonesia untuk menentukan pasukan manakah yang akan layak ke peringkat akhir.

Perlawanan pertama memihak kepada Indonesia apabila pasukan Malaysia gagal mengawal rentak permainan. Asakan bertubi-tubi dari pasukan Indonesia menyebabkan Malaysia tidak dapat mempertahankan base mereka.

Indonesia meneruskan momentum mereka di perlawanan kedua. R7 sering menggagalkan Malaysia dari mendapatkan objektif mereka.

Pasukan Malaysia terus diasak dan kawalan peta berpihak kepada pasukan Indonesia. Lord yang pertama berjaya diambil oleh Indonesia namun pasukan Malaysia mampu untuk mematahkan serangan dari Lord itu.

Indonesia meneruskan kemaraan mereka untuk menghancurkan base pasukan Malaysia. Mereka mendapatkan Luminous Lord pada minit ke-19. Malaysia akhirnya ditewaskan pada minit ke-20.

Walaupun pasukan Malaysia tewas, mereka masih mempunyai peluang untuk mendapatkan pingat gangsa di perlawanan menentang Singapura selepas ini.

Jangan berhenti untuk memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia. #DemiMalaysia.

RELATED NEWS

+