MLBB: Joy terlalu lincah? Gunakan 4 hero ini untuk tangkap Joy

Kemaskini terbaru Mobile Legends menyaksikan kehadiran Joy untuk bertempur di Land of Dawn. Hero berbadan kecil yang licik ini sangat lincah di dalam pertarungan.

Meow, Rhythm of Joy! memberikan kelebihan kepada hero ini untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat menyebabkan kesukaran untuk menumbangkannya.

Namun begitu, setiap hero yang dikeluarkan oleh Moonton akan dapat dilemahkan dengan penggunaan hero counter yang betul. Berikut adalah empat jenis hero yang membuatkan Joy tidak dapat melepaskan diri menggunakan skill keduanya.

FRANCO

Walaupun Joy kebal dari sebarang efek crowd control selepas menggunakan Meow, Rhythm of Joy! namun pengguna Franco yang bijak akan dapat menangkapnya menggunakan Iron Hook yang sudah dirancang dengan baik.

Selepas menggunakan Iron Hook, Franco boleh menggunakan Bloody Hunt untuk menyekat Joy dari melarikan diri. Ini memberikan peluang kepada ahli pasukan Franco untuk mengeluarkan segala skill yang ada bagi menumbangkan Joy.

MINSITTHAR

Hero ini adalah counter terbaik bagi sebarang hero yang menggunakan skill blink seperti Harith dan juga Joy. Ini kerana ultimate yang dimiliki oleh Minsitthar iaitu King’s Calling menyebabkan penggunaan skill blink akan dilumpuhkan.

Jika Joy ingin melarikan diri dari King’s Calling, Minsitthar boleh menarik kembali hero berbadan kecil itu ke dalam King’s Calling menggunakan Spear of Glory. Maka pemilihan Minsitthar menjadi counter terhebat buat Joy ketika ini.

PHOVEUS

Untuk counter kelincahan Joy di dalam pertarungan, hero seperti Phoveus juga sangat sesuai diambil di dalam pasukan.

Ini kerana Phoveus akan mendapat kelebihan penggunaan Demonic Force setiap kali Joy menggunakan Meow, Rhythm of Joy!. Phoveus boleh mengejar Joy dan tidak memberikan ruang untuk hero berbadan kecil itu snowballing di dalam pertarungan.

SABER

Hero ini juga sesuai untuk counter Joy kerana Saber mempunyai kemahiran untuk mendekatkan diri dengan hero itu. Ia lebih berkesan jika anda menyorok di dalam bush dan menunggu untuk menangkap Joy.

Kuasa ulti Saber juga berguna kerana mampu mengunci seorang musuh sambil mengenakan serangan yang tinggi. 

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+