MLBB: Kejohanan Dunia M6 #GreaterThanEver menanti! Kolaborasi kerajaan, persembahan orkestra dan Karnival M6

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Undian Kejohanan M6 telah menyaksikan Selangor Red Giants dari Malaysia dan Team Vamos yang bakal bertemu S2G Esports dari Turkiye dan Twsted Minds dari MENA dalam pusingan pertama Swiss Stage.

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), hari ini telah menjalankan undian pertandingan sekaligus mengumumkaa kerjasama kerajaan Malaysia, aktiviti karnival, persembahan orkestra oleh Orkestra Kuala Lumpur.

Karnival dan sambutan M6 kali ini diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Integrated (ESI), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB).

FOTO: ESI

“Esukan telah berkembang dengan pesat, baik di peringkat global mahupun di sini di Malaysia. Industri permainan kita telah mencatat pertumbuhan purata sebanyak 8.9% setiap tahun sejak 2020, dengan lebih daripada 50% rakyat Malaysia kini terlibat secara aktif sebagai pemain. Ekosistem yang kukuh ini menawarkan pelbagai laluan kerjaya, daripada atlet profesional kepada pemilik pasukan, pencipta kandungan, dan penganjur acara.” ujar YB Adam Adli (Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia).

Beliau juga ada menyebut Soloz sebagai inspirasi bagi orang yang mahu menceburi bidang e-sukan.

Kerajaan Malaysia juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 20 juta dalam Belanjawan Madani 2025 untuk meningkatkan lagi ekosistem e-sukan negara.

Foto: MOONTON

Bagi Malaysia, Selangor Red Giants dan Team Vamos akan mewakili Malaysia di M6 setelah menjadi juara dan tempat kedua di MPL Musim ke-14 awal bulan ini.

Anda boleh mendapat maklumat lanjut mengenai Wild Card dan format Swiss di sini.

Karnival M6

Foto: MOONTON

Selain itu, MOONTON Games juga turut mengumumkan Perlawanan Akhir akan dibuka dengan persembahan orkestra dari Orkestra Kuala Lumpur.

Tambahan lagi, M6 juga akan mempunyai pelbagai aktiviti di karnival itu di Axiata Arena dari 13 hingga 15 Disember dengan menawarkan banyak gerai dan aktiviti mesra keluarga.

Kemasukan ke karnival adalah percuma sepenuhnya dan butiran lanjut akan diumumkan pada tarikh yang akan datang.

Foto: MOONTON

Para peminat juga boleh menantikan acara “M6LAYSIA MEMBARA” di Bukit Bintang dari 29 November hingga 1 Disember di mana personaliti terkenal Malaysia akan hadir seperti Soloz, Zizan Razak, Hairul Azreen Idris, Ryan Bakery dan Alieff Irfan.

Mereka akan menyerahkan obor menyala ke pedestal di Lot 10 mirip seperti Sukan Olimpik yang melambangkan kempen #M6laysiakuGemilang.

Mari kita beri sokongan terhebat buat kedua-dua skuad negara di M6 nanti!

Majulah e-sukan untuk negara!

Ikuti kejohanan M6 di laman rasmi Youtube, Facebook, Instagram, dan TikTok MPL MY.


Follow kami di WhatsAppInstagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+