MLBB: Malaysia tewas 0-2 lawan Filipina

Kesilapan dilakukan skuad negara menyebabkan Filipina berjaya memintas lalu menewaskan mereka dengan skor 0-2.

Pada perlawanan pertama, mereka tewas di kawasan Lord pada minit akhir apabila tiada siapa yang berjaya menangkap Yve dimainkan Imam.

Di perlawanan yang pertama, pasukan Malaysia berjaya mendominasi permainan di awal-awal permainan. Xorn yang menggunakan hero Chou selalu melakukan pick off yang kemas.

Tetapi keadaan itu tidak bertahan lama apabila di minit-minit akhir perlawanan pasukan Filipina berjaya mengembalikan keadaan dan melakukan comeback.

Gonzales berjaya dinobatkan sebagai MVP di perlawanan yang pertama dengan KDA 11/3/6.

Penggunaan hero Beatrix yang ditunjukkan oleh Gonzales sememangnya tiada tandingan.

Memasuki perlawanan yang kedua, pasukan Malaysia melakukan drafting yang sangat menarik untuk dilihat iaitu hero Atlas dimainkan di posisi jungler.

Di minit-minit awal permainan, pasukan Malaysia menghadapi sedikit kesukaran apabila pasukan Filipina berjaya mengawal permainan.

Hero Atlas yang dimainkan oleh Ciku mengalami kesusahan apabila tiga orang pemain Filipina membawa spell purify untuk melarikan diri daripada ulti Atlas.

Xorn yang menggunakan hero Franco bermain dengan sangat baik apabila dia sentiasa berjaya hook pihak lawan.

Pasukan negara hampir berjaya melakukan comeback tetapi keadaan tidak menyebelahi pasukan Malaysia apabila di saat mereka mahu menghabiskan perlawanan, pemain-pemain pasukan Filipina kembali hidup untuk mempertahankan base mereka.

Hero Beatrix yang dimainkan oleh Gonzales sekali lagi menjadi MVP di perlawanan yang kedua dengan KDA 6/4/10.

Mereka perlu lawan pasukan Myanmar dan Laos selepas ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Semoga berjaya diucapkan dan Malaysia Boleh!

Tonton siaran langsung di Facebook dan Youtube Mobile Legends: Bang Bang dalam Bahasa Melayu.

RELATED NEWS

+