MLBB: Meta Marksman paling menggila setakat ini

Sebelum ini marksman jarang dibawa masuk ke dalam permainan oleh kerana mereka kurang memberikan impak yang besar di dalam pasukan.

Namun begitu, keadaan mula berubah selepas Moonton melancarkan kemaskini terbaru mereka untuk meningkatkan kekuatan kesemua hero marksman.

Jarak serangan mereka makin bertambah dan jika ditempatkan di gold lane. Mereka akan memperolehi core item seperti Endless Battle, Wind Talker, Demon Hunter Sword dan Blade of Despair dengan sangat pantas.

Boleh dikatakan marksman akan kerap mendahului jungler dari segi farming dan mereka dapat online dengan lebih cepat jika diberikan ruang untuk farming.

Antara marksman yang kerap digunakan di MPL ID dan MY adalah Brody, Claude, Natan, Yi Sun-Shin dan Wan-Wan. Selain itu, Sasa juga mempopularkan kembali hero seperti Bruno dan Clint sewaktu menentang Todak semalam.

Pasukan dari negara jiran kebanyakan sudah menyedari akan meta ini dan tidak lagi meletakkan fighter di gold lane. Team SMG juga membuat perkara yang sama dan mereka mengalahkan Todak dengan skor 4-0 tanpa balas semalam.

Foto: FachriFHR, DeviantArt

RELATED NEWS

+