MLBB: Pasukan Malaysia tundukkan Myanmar 2-0

Perlawanan kedua Kontinjen Negara menyaksikan pertemuan mereka dengan negara Myanmar.

Pasukan Malaysia mendapatkan kelebihan di minit awal permainan apabila mereka berjaya mengasak Ling dan juga mendapatkan objektif yang diperlukan.

Myanmar cuba membalas asakan dari pasukan negara dan mereka berjaya gagalkan cubaan mengambil lord dari pasukan Malaysia.

Namun begitu, disiplin yang ditunjukkan oleh Kontinjen Negara sangat tinggi dan mereka berjaya mengawal kembali keadaan.

Malaysia akhirnya mendapatkan kemenangan selepas Iron Hook Xorn terkena tepat kepada Black yang cuba melarikan diri.

Pasukan Malaysia meneruskan momentum mereka di perlawanan kedua dengan pemilihan Karina untuk digunakan oleh Ciku.

Myanmar mendapatkan kelebihan di minit awal permainan apabila mereka sering memenangi pertarungan yang berlaku. 

Namun begitu, pasukan Malaysia mula mendapatkan kembali rentak permainan apabila mereka berjaya meratakan pasukan Myanmar dengan aksi yang sangat baik oleh Xorn menggunakan Khufra.

Aksi yang begitu baik ditunjukkan oleh pasukan Malaysia pada minit ke-21 memberikan mereka kemenangan bersih 2-0. Tahniah pasukan Malaysia, Malaysia boleh!

Mereka akan bertemu dengan Laos sebentar sahaja lagi. Jangan berhenti berikan sokongan kepada Kontinjen Negara.

 

RELATED NEWS

+