MLBB: Pasukan manakah yang akan layak ke Sukan SEA 2021?

Pertandingan pemilihan pasukan yang akan mewakili Sukan Asia Tenggara (SEA Games) 2021, Hanoi, Vietnam untuk permainan peranti mudah alih MLBB kini sudah hampir ke penghujungnya.

Dalam perlawanan jam 3 petang hari ini, pasukan Todak akan bertemu dengan Homebois pada hari ini untuk menentukan pasukan yang layak ke peringkat grand final.

Sementara itu, pasukan RSG MY akan menunggu pasukan yang kalah di antara pertempuran Homebois dan Todak.

RSG MY berjaya mara ke peringkat lower bracket final selepas menewaskan pasukan Geek Fam dengan skor 2-1.

Pasukan manakah yang layak untuk menjadi wakil malaysia ke Sukan SEA yang ke-31? Kita bakal saksikan.

Sumber: MESF

RELATED NEWS

+