MobaZane kata dia pemain Wanwan terbaik dunia, banding dengan EVOS Clover

MobaZane menyatakan dia begitu hebat bermain Wanwan bahkan merasakan dia antara yang terbaik di dunia.

Dalam satu penstriman langsung, MobaZane menjelaskan perkara ini sambil menunggu matchmaking yang mengambil masa begitu lama.

Sembilan hero berbeza dimainkan dan Wanwan mencatatkan kemenangan 100% dengan lima kali permainan. Dia juga membandingkan dirinya dengan EVOS Clover.

“Catat kata-kata saya EVOS Clover, saya tidak pernah kalah menggunakan Wanwan. Saya selalu menang setiap kali,” katanya dalam penstriman langsung.

Dia juga percaya dengan pemilihan Wanwan ini dapat menyaingi pasukan lain yang hebat.

“Mungkin boleh dikatakan sebagai strategi. Saya sedia bermain Wanwan menghadapi pasukan terbaik di dunia. Saya sangat pandai guna hero ini. Saya sedar hal ini,” katanya.

Namun, MobaZane belum pernah mencuba hero ini di peringkat kompetitif kerana peranannya sebagai jungler sudah terbiasa.

RELATED NEWS

+