MobaZane pernah “savage” sewaktu scrim dengan ONIC ID – Butsss

Kemenangan pasukan BTK ke atas Blacklist International di peringkat playoff Kejohanan Dunia M3 mengejutkan para penonton kejohanan itu.

Mereka menang dengan skor 3-2 tanpa seorang jurulatih dan penganilisis. Menurut Butsss dari ONIC ID, MobaZane pernah mendapat savage ke atas pasukan ONIC sewaktu scrim di antara kedua-dua pasukan sebelum ini.

“Menurut saya, pasukan BTK adalah pasukan di luar Asia Tenggara yang paling menarik. Mereka sangat hebat, sewaktu kami scrim sebelum ini, mereka memang terbaik,” katanya dalam satu temubual bersama media.

“MobaZane pernah dapat ‘Savage’ waktu scrim lawan kami,” tambah Butsss di dalam temubual itu. Ini membuktikan lagi MobaZane mempunyai kualiti sebagai salah seorang jungler terbaik di dalam arena kompetitif Mobile Legends.

Pemilihan hero Saber tempoh hari membangkitkan banyak persoalan di kalangan netizen namun dia membuktikan Saber mampu untuk menghancurkan pasukan Blacklist International.

Pasukan BTK akan menentang tuan rumah 16 Disember ini untuk perlawanan di peringkat upper bracket yang seterusnya. Adakah kita akan melihat hero lain yang sudah dilupakan akan diguna kembali di dalam perlawanan seterusnya? Kita bakal saksikan.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+