MobaZane sanggup bermain di Asia, mahu organisasi dari sana menghubunginya

MobaZane adalah salah seorang pemain profesional Mobile Legends yang sebelum ini mengejutkan para penonton di seluruh dunia.

Kemahiran mekanikal beliau menggunakan hero seperti Roger dan juga Yi Sun Shin amat ditakuti oleh pasukan-pasukan di Kejohanan Dunia M3.

Mereka melakukan respect ban ke atas hero itu ketika bertemu dengan pasukan BTK. Lihat sahaja di perlawanan BTK dan Blacklist International. Pasukan Blacklist mengenakan ban ke atas hampir kesemua hero kegemaran Mobazane.

Kini, MobaZane mendedahkan bahawa beliau terbuka untuk bermain di Asia. Di dalam perkongsian Instagram Story beliau, Mobazane memberitahu “Mana-mana pasukan yang terbuka untuk melamar saya (saya akan berpindah ke Asia) sila hubungi saya,” tulisnya.

Adakah kita akan dapat melihat pasukan dari Indonesia, Malaysia mahupun Filipina akan mengambil beliau sebagai pemain jungler terbaru nanti? Kita bakal saksikan.

Sumber: @emak_moba

RELATED NEWS

+