MobaZane tidak ada sebarang akaun media sosial selain Youtube

Kemahiran yang dimiliki oleh Mobazane sebagai jungler sangat memukau mata penonton dengan aksi Roger, Saber dan Yi Sun Shin di pentas dunia.

Beliau kini sudah mempunyai ramai peminat dari negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia dan Filipina. Akan tetapi Mobazane tidak mempunyai sebarang akaun media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tiktok. Beliau hanya mempunyai akaun youtube setakat ini.

Saluran akaun youtube beliau boleh didapatkan di dalam pautan di bawah. Namun begitu, ada sahaja individu yang sudah membuat klon akaun Instagram yang dikenali sebagai @mobazane_btk.

Kenyataan beliau kepada pihak MyGameOn. “Mungkin saya akan pertimbangkan untuk membuat akaun Instagram dan lain-lain media sosial selepas tamatnya M3 nanti,” ujarnya.

Bagi sesiapa yang mengikuti akaun Instagram beliau itu perlu diingatkan ianya bukan akaun rasmi beliau. Akan tetapi, akaun itu masih memaparkan update terkini dari Mobazane.

RELATED NEWS

+