Mobile Legends akan dibawa ke China?

Mobile Legends kini dilaporkan akan dibawakan ke salah satu komuniti terbesar e-sukan iaitu China. Berita ini dikhabarkan oleh salah seorang staf Liquidpedianet.

“Bytedance akan membawa Mobile Legends ke China dengan pelayan rasmi China sendiri. Ujian dalaman berakhir pada 9 Oktober lalu. Nama rasmi bagi permainan video peranti mudah alih itu adalah Win The Peak,”.

“Bytedance mencuba untuk melawan Honor of Kings dan Wild Rift di tanah air mereka sendiri. Sama ada ianya akan berjaya atau tidak masih belum diketahui,” tulis ciapan itu.

Jika berita di atas adalah benar maka Mobile Legends akan mengalami kesukaran untuk menghadapi ancaman dari komuniti Wild Rift itu sendiri serta asakan dari Riot Games. 

Foto: @emak_moba

RELATED NEWS

+